"Karpet dah lama tak basuh, malunya kalau tetamu datang..."
Servis Cuci Karpet Profesional di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi
Perkhidmatan cuci karpet kami merangkumi ambil dan hantar di Bandar Baru Bangi dan kawasan sekitarnya. Biarkan kami yang uruskan segala-galanya untuk anda.
"Karpet dah lama tak basuh, malunya kalau tetamu datang..."
Servis Cuci Karpet Profesional di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi
Perkhidmatan cuci karpet kami merangkumi ambil dan hantar di Bandar Baru Bangi dan kawasan sekitarnya. Biarkan kami yang uruskan segala-galanya untuk anda.
🚐 Kawasan Liputan Servis Cuci Karpet
Bangi, Kajang, Semenyih, Putrajaya, Cyberjaya dan seluruh Lembah Klang.

Teringin nak tengok karpet di rumah kembali bersih dan segar semula ?

” Serahkan kepada kami! Kami datang ambil karpet di rumah di sekitar Bangi, bersihkan di kilang cucian kami, dan hantar semula dalam keadaan bersih dan wangi. Kembalikan ketenangan dan keceriaan rumah anda dengan karpet yang bersih dan wangi hari ini! “
” Serahkan kepada kami! Kami datang ambil karpet di rumah, bersihkan di kilang cucian kami, dan hantar semula dalam keadaan bersih dan wangi. Kembalikan ketenangan dan keceriaan rumah anda dengan karpet yang bersih dan wangi hari ini! “
5 Langkah Bagaimana Kami Membersihkan Karpet Anda

Langkah 1: Penyingkiran Habuk: Proses ini melibatkan penggunaan vakum industri berkuasa tinggi untuk menyedut habuk dan zarah halus yang terperangkap dalam serat karpet. Vakum ini mampu menyingkirkan kotoran tersembunyi, memastikan karpet bebas bahan kasar sebelum proses cucian mendalam dilakukan, menjadikan cucian seterusnya lebih efektif.

Langkah 2: Cucian Menyeluruh & Pembilasan: Selepas vakum, kami menggunakan scrubber berus putar lembut untuk mencuci karpet. Mesin ini berfungsi seperti ribuan jari halus yang menyusup ke dalam serat karpet, menggosok dan menanggalkan kotoran degil. Kami hanya menggunakan syampu karpet yang selamat dan diformulasikan khusus untuk melindungi warna serta tekstur karpet. Karpet kemudian dibilas dengan air bersih yang banyak bagi memastikan tiada sisa sabun tertinggal.

Langkah 3: Penyingkiran Air: Selepas proses cucian dan pembilasan, karpet akan melalui fasa penyingkiran air menggunakan mesin spinner karpet berteknologi Turki dengan kelajuan 1200 RPM. Mesin ini berupaya menyingkirkan sehingga 95% air dari karpet, mempercepatkan pengeringan serta mengurangkan risiko pertumbuhan kulat dan bau yang kurang menyenangkan.

Langkah 4: Pengeringan: Karpet kemudian dijemur di dalam bangunan, jauh daripada cahaya matahari langsung bagi mengelakkan kerosakan pada warna dan tekstur. Penggunaan kipas industri memastikan aliran udara yang konsisten, mempercepatkan proses pengeringan tanpa merosakkan serat karpet. Pengeringan dalam persekitaran terkawal ini juga mengelakkan karpet tercemar daripada habuk luar.

Langkah 5: Sentuhan Akhir: Langkah terakhir ialah sentuhan akhir untuk memastikan karpet sedia digunakan. Kami sekali lagi menggunakan vakum dan lint cleaner untuk menghilangkan sisa-sisa bulu halus atau kotoran kecil yang mungkin tertinggal. Seterusnya karpet akan disembur dengan pewangi karpet yang lembut dan menyegarkan. Akhir sekali, karpet akan dibungkus dengan plastik pelindung bagi memastikan kebersihannya terpelihara sehingga sampai ke tangan anda.
" Seronoknya! Karpet yang dulunya kusam dan kotor kini menjadi bersih dan wangi... sedia untuk memberikan suasana baru yang menyenangkan di dalam rumah. "
" Seronoknya! Karpet yang dulunya kusam dan kotor kini menjadi bersih dan wangi... sedia untuk memberikan suasana baru yang menyenangkan di dalam rumah. "
Sebelum dan Selepas Cuci







Mengapa perlu cuci karpet secara berkala ?
Cuci karpet secara berkala memberikan banyak manfaat. Ia membantu menyingkirkan kotoran, debu, dan alergen yang tersembunyi, menjadikan udara dalam rumah lebih bersih dan segar. Proses pembersihan juga memastikan karpet bebas daripada bakteria dan hama yang boleh menyebabkan masalah kesihatan. Selain itu, cuci karpet yang betul mengekalkan warna dan keindahan karpet, memanjangkan jangka hayatnya. Akhir sekali, dengan cucian yang sesuai mengikut prinsip Islam, karpet anda juga dijamin suci dan sesuai untuk digunakan dalam ibadah.
Contoh kiraan harga cuci karpet

Lebar (5 ft.) x Panjang (7 ft.) = 35 sqft
35 sqft x RM 2.50 (karpet shaggy) = RM 87.50

100% Jaminan Kepuasan
Kami sangat yakin dengan kualiti perkhidmatan kami. Jika anda merasakan karpet anda masih kotor selepas dicuci, maklumkan kepada kami. Kami menawarkan pembersihan semula secara PERCUMA.
Lihat Apa Kata Pelanggan Kami 😇🤩










